suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu bapa boleh rancang cuti siap-siap... Kena hadir ke sekolah ambil BAP RM200

Bantuan Awal Persekolahan dinaikkan kepada RM200 bagi setiap murid untuk sesi persekolahan 2027. -Foto The Star

IBU bapa perlu hadir ke sekolah anak masing-masing bagi mengambil Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM200 apabila sesi persekolahan dibuka semula pada Januari depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kaedah penyerahan bantuan itu secara bersemuka bertujuan memberi peluang kepada ibu bapa untuk bertemu dengan guru yang terlibat dalam pendidikan anak-anak mereka.

"Kita minta ibu bapa datang ke sekolah. Kita nak ibu bapa tahu sekolah anaknya, jumpa guru-guru dan guru boleh beri nasihat," ujarnya ketika menghadiri Inisiatif Kecerdasan Buatan (AI) Pendidikan Malaysia di Putrajaya, pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bantuan Awal Persekolahan naik kepada RM200 bagi setiap murid, RM870 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan RMT

Hadir sama, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek; Timbalannya, Wong Kah Woh dan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad.

Tambah Anwar, pertemuan berkenaan juga membolehkan guru berkongsi maklumat mengenai tingkah laku murid kepada ibu bapa.

Ujarnya lagi, ini kerana tanggungjawab membentuk disiplin serta sahsiah memerlukan keterlibatan bersama antara pihak sekolah dengan ibu bapa.

Untuk rekod, BAP dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 bagi setiap murid untuk sesi persekolahan 2027.

Kenaikan sebanyak RM50 itu diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober lalu. 

Artikel Lain