suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dia selalu cuba cederakan diri” - Pelajar kolej luah tekanan tinggal sebilik dengan rakan bergelut anxiety, tak mampu bertahan

Pelbagai faktor boleh mendorong seseorang mengalami depresi. -Gambar hiasan AI

KEHIDUPAN sebagai pelajar kolej sememangnya memerlukan seseorang menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu, malah turut memerlukan mereka belajar bertolak ansur dengan pelbagai ragam rakan sebilik.

Namun, situasi itu boleh menjadi cabaran apabila timbul masalah komunikasi dan keadaan yang menjejaskan keselesaan serta emosi masing-masing.

Situasi itu dikongsikan seorang pelajar yang mengakui sudah tidak tahan tinggal sebilik dengan rakannya yang didakwa mengalami masalah kemurungan dan gangguan kebimbangan (anxiety).

"Saya ada rakan sebilik, umur dia dengan saya jarak lebih kurang lima tahun. Dah sebilik dekat dua tahun juga. Ceritanya dia datang daripada broken family dan dia ada depresi serta anxiety.

"Saya sebenarnya rasa terganggu dan anggap dia ni menyusahkan. Setiap kali anxiety menyerang, dia selalu buat muka palat, mata dia memang sembab teruk dan kulit muka dia merah," tulisnya dalam hantaran di Threads.

Individu yang mengalami gangguan jiwa atau mental disarankan mendapatkan bantuan pakar. -Gambar hiasan

Lebih merisaukan, dia mendakwa rakan sebiliknya itu juga dikatakan sering memuat naik status yang membimbangkan serta mahu menamatkan riwayat hidup di laman sosial.

"Apabila rakan sekelas saya yang lain tengok (status), masing-masing mesti akan tanya saya. Saya tak pernah tahu apa masalah dia sebab dia selalu meluah dekat kawan lain. Sekarang masalah dia makin teruk. 

"Kawan dia yang lain tu tiba-tiba sudah tak berkawan dan bertegur dengan dia. Rakan sebilik saya ni macam kecewa, jadi makin diam," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gelisah kena jalan jauh ke kelas, tak serasi makanan kafe... Gadis hidap ‘anxiety’ terpaksa tangguh pengajian universiti

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis lepasan sekolah agama alami ‘social anxiety’ di universiti, kekok jumpa lelaki - “Kalau borak nak pandang mana, mata ke?”

Tambahnya, perubahan tingkah laku tersebut secara tidak langsung bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan mentalnya, malah dia juga mulai bimbang dengan keselamatan dirinya sendiri.

"Saya  jenis yang tak suka duduk sebilik dengan seseorang yang tak bercakap, buat muka palat dan selalu pegang sesuatu untuk cederakan diri dia.

"Saya penat. Anxiety dia makin hari makin teruk sampaikan nak rujuk pakar. Saya takut nak hadap orang macam dia, jadi tolong beri nasihat dekat saya," luahnya lagi.

  • Seorang pelajar tidak tahan tinggal sebilik dengan rakannya yang didakwa mengalami masalah kemurungan dan anxiety.
  • Rakan sebiliknya sering menunjukkan perubahan tingkah laku setiap kali mengalami serangan anxiety.
  • Rakan sebiliknya juga dikatakan kerap memuat naik status membimbangkan di media sosial.
  • Pelajar itu mengakui semakin tertekan dan mula bimbang terhadap keselamatan dirinya.
  • Netizen menyarankan supaya dia mengadu kepada pihak pengurusan kolej atau kaunselor bagi mencari penyelesaian terbaik.

Rata-rata netizen bersimpati dengan situasi dialami pelajar berkenaan, malah ramai menyarankan supaya dia mengemukakan perkara tersebut kepada pihak pengurusan kolej kediaman.

"Tukar bilik lain, kesihatan mental awak lagi penting. Awak dah cuba ambil tahu tapi dia tak nak, jadi awak kena tukar bilik.

"Awak dah bercerita dengan kaunselor kolej? Itu yang terbaik sekarang supaya kawan awak boleh dapat bantuan profesional dan pada masa yang sama awak boleh jaga kesihatan mental. 

"Serangan anxiety kalau di luar kawalan... nanti awak pula nanti jadi mangsa. Orang nak belajar, bukan nak mati katak," komen netizen.

Artikel Lain