ANGGOTA kumpulan &Team iaitu K berdepan detik memalukan apabila terserempak dengan seorang peminat ketika berada di pusat mandian air panas di Jepun atau onsen.K atau nama sebenarnya Koga Yudai, 29, berkata kejadian tidak dijangka itu berlaku ketika dia sedang bercuti bersama keluarganya di Hokkaido. Mengimbas kembali insiden tersebut, K memberitahu dia baru sahaja selesai berendam di kolam air panas terbuka sebelum keluar dalam keadaan berbogel sepenuhnya.K cuba tenangkan diri semasa kejadian memalukan berlaku.Bagaimanapun, situasi bertukar janggal apabila seorang kanak-kanak yang merupakan peminatnya tiba-tiba menghampiri lalu menjerit namanya kerana terlalu teruja bertemu penyanyi itu.Menurut K, ketika itu dia sudah berada dalam keadaan berbogel dan tindakan menutup bahagian sulit dikhuatiri hanya akan membuatkan keadaan menjadi lebih canggung.Sebaliknya, dia memilih untuk kekal tenang dan berdepan situasi tersebut dengan penuh keyakinan.ARTIKEL BERKAITAN: Rajin bersenam setiap hari, Rain terkejut alami masalah hati berlemak... “Tak tahu kenapa jadi begini”ARTIKEL BERKAITAN: Lee Ji Hye dedah alasan berbikini pada sidang media, tayang ketiak bukti tidak bedah payudara"Memandangkan tiada cara untuk bersembunyi, saya hanya berdiri tegak dengan penuh yakin dan bersalaman dengan kanak-kanak itu," katanya menerusi perkongsian di media sosial.Pengalaman luar biasa itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat yang turut berasa malu membayangkan situasi tidak terduga dialami penyanyi berkenaan.TONTON VIDEO PILIHAN!